Sunday, January 31, 2010

Renung-Renungkan


Katalah kita ni polis, sedang duduk dalam kereta peronda kita sambil minum kopi. Tiba-tiba radio kita berbunyi, mengatakan ada dua kes yang diminta kita menangani salah satu darinya. Dua-dua kes orang kena tangkap mencuri. Kes pertama di kampung hulu, seorang lelaki ditangkap mencuri duit seringgit. Kes kedua di kampung hilir, seorang warga asing kena tangkap mencuri duit 20 ribu ringgit.
Kes mana yang kita kejarkan dulu? Agaknya tentulah kita segera berkejar ke kampung hilir, ye tak? I mean, apalah sangat duit seringgit, itupun nak report polis ke? Tapi bagaimana kalau lepas tu kita tahu hakikatnya begini:


Dalam kes pertama, duit itu kepunyaan seorang anak yatim piatu peminta sedekah, dan duit itu sajalah yang ada padanya untuk digunakan membeli roti setelah beberapa hari tak makan? Sedangkan dalam kes kedua, duit itu kepunyaan orang kaya bakhil yang seumur hidupnya tak pernah keluar zakat?
Tiba-tiba, baru kita sedar perbezaannya, antara prinsip dan appearance. Kalau ikut prinsip, tentulah kes pertama lebih berat, walaupun hanya melibatkan duit seringgit. Tapi sebab kita hidup ini dah biasa menghakimkan orang serta peristiwa dari segi luaran, maka selalu minda kita tertipu.

Stephen Covey, dalam bukunya "Seven Habits of Highly Effective People" menceritakan pula begini:


Kita sedang duduk di sebuah bangku dalam taman. Sedang kita enak menikmati sandwic dan Coke kita di tengah taman dengan udara bertiup lembut itu,tiba-tiba datang seorang lelaki bersama 2 orang anak kecilnya duduk di sebelah kita. Lelaki itu hanya menung panjang melihat ke tasik dan mendiamkan diri sementara anak-anaknya berlarian macam setan menjerit-jerit sekuat hati. Orang yang lalu lalang semuanya melihat dengan kening berkerut-kerut perangai budak-budak yang tak tahu hormat pada orang lain tu. Kita pun lama-lama semakin bengang. Setan sungguh budak ni! Apahal mamat ni diammm je, tak nak tegur ke anak-anak dia ni? Lepas dah tak tahan sangat, kita pun tegur lelaki itu. Boleh tak encik suruh anak-anak encik tu dok diam-diam, saya tengah nak makan sandwic ni! Lelaki itu melihat pada kita seketika sebelum tersenyum sedikit."Maafkan saya," kata lelaki itu. "Dan maafkan anak-anak saya tu. Sebenarnya, isteri saya - ibu mereka - baru meninggal dunia sebab kanser di hospital, dan saya tak tahu macamana nak terangkan pada mereka hal ini." Kemudian dia sambung lagi: "Biarlah saya bawa mereka ke tempat lain supaya tak menganggu anda makan." Apa rasa kita masa itu?
Sebab itulah bila teringat ayat Qur'an mengatakan, beza antara manusia itu hanyalah iman dan taqwa, Sebab itulah kenapa manusia sering menghakimi seseorang itu hanya pada luaran sahaja! Bagaimana dengan anda?.


ERTI SYUKUR



ERTI SYUKUR
Lafazkan kalimah syukur
Lafazkan kalimah itu
Alhamdulillah...
Segalanya yang ku kecapi
Adalah milikMu, Ilahi (Tuhan Maha Pemurah)
Tak kan terbalas walaupun sebesar zarah
Kenikmatan yang bertandang
Terkadang tidak dihiraukan (Lepas dari pandangan)
Dan bila hilang barulah dikesalkan
Adakalnya aku hanyut
Adakalanya aku terlupa
Adakalanya aku leka
Ampunilah...
kerana ku manusia
Lemah dan tidak berdaya di sisiMu
Seringkali terlupa nikmatMu
Datang tiada jemu
Bila terhimpit mulalah
Mencari dan menyebut namaMu
Barulah merasai makna sebenar erti syukur
Syukur atas rahmatMu
Adakala ku hanyut
Adakala ku lupa
Adakala ku leka dan adakala ku alpa
Kerana ku manusia
Lemah dan tak berdaya
Seringkali terlupa nikmat yang Kau kurnia
Ku bersyukur ya Tuhan
Segala pemberian
Walau luas lautan
Bukanlah perbandingan
Ku tingkat keimanan
Ku gilap ketaqwaan
Sebagai perlambangan
Terima kasih ku Tuhan
Onak duri kehidupan
Jatuh bangun sendirian
Ada hikmah yang tersimpan
Yang mebguji iman
Bersyukurlah selalu
Sentiasalah redha dan menerima
Tiap ujian tiba bukan diminta
Sebaliknya Allah Maha Mengetahui
Kan ku bertasbih selalu
Bertahmid berzikir padaMu
Sebagai tanda ku nilai
RahmatMu Tuhan
Aku bersyukur Ya Allah
Segala pemberianMu pada ku
Seluas lautan pun bukanlah jadi ukurannya
Memang tiada bandingan
Segala yang ku kecapi
Adalah milikMu. Ilahi (Tuhan Maha Pemurah)
Bukan milikku pinjaman sementara
Syukur alhamdulillah
Sesungguhnya solatku,
Amalku, hidupku, matiku
Kerna Allah yang Satu
Kuserahkan segala hatta jiwa dan raga
Sebagai tanda cinta
kepadaMu yang Esa

Kepada Umat Islam




Cuba buat n tgk...
>>>
>>> 1. Bukak Microsoft Word korang.
>>> 2. Taipkan dalam huruf besar, Q33 NY ..
>>> Q33 NY ni adalah number pesawat yang
>>> melanggar WtC tu..
>>> 3. tukar saiz font tu kepada saiz 48.
>>> 4. Korang highlightkan Q33 NY tu
>>> kemudian tukar kepada font WINGDINGS.
>>>
>>> Apa yang korang nampak? Allahuakbar ..
>>> sesungguhnye benda ni dah lama wujud
>>> tanpa sesiapa yang menjangkakannye ...
>>> Kelihatan gambar sebuah Kapal Terbang
>>> melanggar WTC (menara berkembar tu) ..
>>> kemudian ade lambang tengkorak dan
>>> lambang yahudi ... dah cube dah mmg
>>> btol........ .....
>>> SUBHANALLAH. ...
>>> Cubalah...dan sebarkan....


so kesimpulannye??

bkn org islam yg bwk kpl terbang 2,
kepandaian menipu yahudi,
islam jge kna tuduh jd pgganaz..

Saturday, January 30, 2010

Gambar-Gambar Vandalisme Gua




[Ni artwort terbaru gua time Graff And Unite 2 Januari ari tuh]




[Nie plak artwork gua kat area Setiawangse]







[Artwork ni gua buat tahun 2008 time gua form 5 kat sekolah]




[Nie artwork gua yang terburuk pernah dicatat kan didalam bokk of lantak kau la]






[Nie artwork yang gua buat kat condo sewaan gua dulu]












[Nie spare part gua kat rumah]

p/s - sayang lah dinding anda,cantikkan nye dengan kretiviti korang, baru gempak beb.

Keindahan Seni di Jalanan



Tahun pertama gua di sekolah menengah.Perkataan 'gile argh' adalah perkataan yang pertama sekali gua sebut kat sekolah tu.Bukan sebab ape,gua ingat masuk sekolah menengah ni best tapi rupe-rupenye macam hampeh!!

Luorang bayangkan la , masuk sekolah hari pertame bia la gua kenal-kenalan ngan membe-membe baru gua dulu , tibe-tibe......

'Ok plajar saye nak kamu keluarkan buku kosong . Tulis tajuk karangan
pertama kamu bertajuk pengalaman pertama saya di sekolah menegah.(kedengaran
suare cikgu bahase melayu gua. name die cikgu ape binti ntah papentah aku x
ingat name die)'

Gua dah la tengah blur baru nak kenal sekolah ngan member baru , dah die pulak buat hal suruh buat karangan . Tapi gua dengan muke releks bercampur slumber , gua buat jugak karangan tuh.

Tengah-tengah gua buat karangan , ade la brader kat sbelah gua nih conteng-conteng kertas . Ntah ape yang die conteng pong gua tak nak ambik tau , lantak die la . Tapi gua datang gak sblah die , gua tanye la die kan . 'Ko conteng ape tu?' Luorang tau tak die cakap pe? Die cakap 'Ape ko kesah?' . Gua agak terkedu melihat keajaipan perkataan die tuh , gua pon balik kat tempat duduk gua balik . p/s - gua tak takot die , tapi die yang tak takot gua.

Gua pon dengan slumber sambung la karangan gua sampai siap walaupun ayat lintang pukang bersilih ganti .

Lepas gua hantar karangan gua , gua duduk r sorang-sorang , tibe-tibe gua rase tak puas hati , gua pon menconteng r macam brader tuh conteng . Tapi gua memag sure gua punye lagi smart . Last-last memang smart pon dan artwork gua menjadi popular di sekitar meja-meja dan kerusi-kerusi .

TU LA STARTING GUA DALAM DUNIA SENI VANDALISME YANG SERING DIPERKOTAK-KATIK KAN NIH .


Tapi lame kelamaan , time gua naek form 3 , gua da mule blajar seni visual . Gua melukis r ape yang terlintas macam lukis sungai la , sawah padu la dan lagi satu , dll .

Bile gua naik form 4 laen pulak jadi nyer . Gua da mule kenal ngan sorang brader nih name die bukan RAMLI SARIP . Gua tengok die suke r conteng-conteng artwork yang smart kat dinding-dinding dua batu di KUALA LUMPUR nih yang diberi nama GRAFFITI atau BOMBING yang menggunakan teknik semburan yang keluar melalui noozle yang disetubuhkan bersama sejenis aluminium tahan karat yang diberi nama spray .

Start tu gua da sangap gile nak blajar wat macam tu , sebab gempak gile . Dan disebabkan brader tuh , gua dah jadi macam sekarang , pencinta seni jalanan . Bukan niat gua nak conteng-conteng kat jalanan , masalahnye luorang sendiri yang tak bagi gua peluang tempat untuk gua conteng cam kt rumah luorang ke , bilik ker . Sebab tuh gua conteng merata-rate . Dan lagi satu , kalau tak sebab gua ngan konco-konco gua beli spray untuk conteng , makne nye spray-spray kat kedai yang tidak terjual tuh akan mengalami kepupusan . Luorang nak ke jenerasi anak-anak kite tak tau spray tuh ape? Mesti tak nak kan . Jadi support lah kami PELUKIS JALANAN .

p/s - kalau kene kejar polis time luorang buat conteng-conteng , jangan la luorang ceramah macam gua ceramah kat atas tuh . Nanti tak pasal-pasal makan free kat jail .